Dato’ Seri Vida Mahu Jaring Gol Kelantan Berwarna Pink!

Kalau sebelum ini Stadium Sultan Muhammad IV dikatakan akan dihiasi dengan warna merah jambu, kini warna pink yang menjadi warna asas Pamoga Qu Puteh, juga akan diwarnakan kepada jaring gawang gol Kelantan. Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa. “Apa salahnya kita ganti warna jaring gol sama seperti warna stadium supaya nampak lebih menonjol,” katanya. Dr Vida turut mengalu-alukan syarikat pembekal jaring gawang gol tempatan untuk mengemukakan senarai sebut harga kepada beliau dengan segera memandangkan aksi Liga Super semakin hampir. Hasrat Dato’ Seri Vida ini telah membuka peluang kepada peniaga-peniaga cat, jaring gol dan kontraktor pengubahsuaian untuk membantu bersama mencantikkan Stadium pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.




Permintaan ini bukannya satu yang baru, kerana pasukan lain di dalam Liga Super seperti JDT juga mempunyai warna gawang gol yang mengikut warna rasmi pasukan iaitu merah biru. Semoga pasukan Kelantan mencapai satu piala pada tahun ini. Anda boleh download jadual rasmi perlawanan LIGA SUPER DAN LIGA PERDANA DI SINI.

dato-seri-vida-pamoga-quputeh-theredwarriors

Dato’ Seri Vida seorang jutawan saudagar kosmetik yang terkenal di Malaysia berharap dapat mengembalikan zaman kegemilangan pasukan bolasepak Kelanta..

Jersi Pamoga Qu Puteh

Jersi Pamoga Qu Puteh yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Vida..

dato-seri-vida-pamoga-quputeh-theredwarriors

Adakah ini betuk jersi PAMOGA QU PUTEH nanti?

dato-seri-vida-pamoga-quputeh-theredwarriors

Pemain bolasepak Kelantan sungguh gembira di Majlis tandatangani tajaan produk Qu Puteh