Jadual Bolasepak Liga Super dan Liga Perdana Malaysia 2016 | LawakPress.com

Jadual Bolasepak Liga Super dan Liga Perdana Malaysia 2016

Tahun 2016 tentunya menjanjikan persembahan yang menarik dan sengit dari pasukan-pasukan yang bertanding. Mampukan JDT mengekalkan takhta Liga Super? Pemain import Jorge Pereyra Diaz telah kembali kepangkuan pasukan JDT dan dengan taruhan pemain baru Paolo Rangel yang sudah terbukti di Liga Malaysia, pastinya akan membuatkan pasukan JDT lebih menyengat. Bagaimana pula Selangor dengan sokongan pemain-pemain baru dari Pahang? Juga adakah warna pink Dato’ Seri Vida mampu memberi semangat baru kepada pasukan The Red Warriors, Kelantan? Pejaring terbanyak Liga Malaysia untuk pasukan Polis┬áDaman Traore telah bersetuju untuk menyertai pasukan Pamoga Qu Puteh The Ref Warriors pada tahun ini.


dato-seri-vida-pamoga-quputeh-theredwarriorsfacebook

Dato’ Seri Vida memang betul bersemangat untuk membantu pasukan Kelantan sehingga dikatakan ingin bersama pemain di bangku simpanan ketika perlawanan berlangsung..

johor-southern-tigers-paolo-rangel

Paolo Rangel kini bersama JDT selepas jodohnya bersama pasukan Terengganu dihentikan kerana penggantungan

Pamoga-Qu-Puteh-Kelantan

Abang-abang comel dari pasukan PAMOGA QU PUTEH THE RED WARRIORS

Tahun 2016 juga akan menyaksikan pasukan Kedah bakal beraksi di Liga Super selepas beberapa lama mendiami Liga Perdana.

Oleh itu jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan hebat ini dengan memuat turun jadual perlawanan di bawah.

Anda boleh memuat turun jadual bolasepak LIGA SUPER MALAYSIA DAN LIGA PREMIER 2016 di bawah:

Jadual Bolasepak Liga Super Malaysia 2016

Jadual Bolasepak Liga Premier Malaysia 2016

No Comments