Kisah Lawak Bila Nenek Bertemu Doktor!

Kisah Lawak Bila Nenek Bertemu Doktor!

Seorang Nenek berumur 90 tahun sedang di temuramah oleh wartawan sebuah akhbar.

Wartawan: “Apa rahsia nenek sampai boleh berumur 90 tahun?”

Nenek: “Kalau saya sakit sedikit saja langsung pergi ke Doktor”.




Wartawan: “Bagaimana menurut nenek perkembangan ilmu kedoktoran kita sekarang ?”.

Nenek: “Hebat..Luar biasa.., Doktor sekarang semakin hebat dan pintar.

Nenek ingat waktu umur 20 tahun Doktor suruh saya buka baju semua, diperiksa dari atas ke bawah sampai 1 jam, baru ditulis resit ubat.

Waktu umur 40 tahun, Doktor suruh saya buka baju atasnya saja, diperiksa 15 minit, lalu diberi ubat…

Waktu umur 60 tahun, Doktor suruh saya buka kancing baju saja, masukkan stetoskop 5 minit selesai, lalu diberi ubat…

Waktu umur 80 tahun, Doktor suruh saya hanya buka mulut, lihat pakai lampu suluh 2 minit sudah selesai, lalu diberi ubat..

Sekarang saya umur 90 tahun, belum lagi duduk, Doktor sudah tulis resit ubat untuk saya, sambil berteriak

”Pesakit seterusnya.. …..”

 

nenek buat lawak

Sekadar hiasan..