Firasat Menangkap Ikan

Tersebut satu kisah terdapat seorang nelayan yang amat hebat menangkap ikan. Kehebatannya terkenal di pelusuk semesta. Semua pemborong ikan ingin berkawan dengan beliau. Setiap kali turun ke laut, Pakcik Kadir mesti akan dapat menangkap banyak ikan, pari, siakap, haruan, ketam dan pelbagai lagi. Pada suatu hari seorang wartawan datang untuk menemuramah beliau. Wartawan itu ingin tahu rahsia bagaimana Pakcik Kadir selalu dapat tangkap banyak ikan.

Wartawan : “Apa rahsia pakcik boleh tangkap banyak ikan?”

Pakcik Kadir: “Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakcik tidur setiap kali bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan, pakcik tebar ke kanan.”

Wartawan : “Kalau isteri pakcik tidur terlentang?”

Pakcik Kadir: “Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu…”

Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak. hahahahaha..

kisah nelayan pandai

47 Comments