Kisah Lucu Mesin Penimbang

Tersebut kisah di sebuah Mall yang sesak masak dengan pengunjung-pengunjung dari serata Malaysia.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh satu program komputer yang hebat.

Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah-tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”

Gadis kedua pula dengan bersungguh-sunggunya cuba untuk menimbang, yalah, memang selalu diet kononnya untuk bakal pak we yang tak kunjung tiba..dan mesin komputer itu pula menjawab: “52 kg!”

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk, montok dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!”

kisah lucu lawak jenaka koleksi hebat

54 Comments