Pak Pandir Series: Memotong Getah

Seperti biasa pagi-pagi lagi Pak Pandir bersiap-siap hendak pergi memotong getah. Sebelum Pak Pandir keluar rumah, Mak Andeh pun berpesan.

“Abang, hati-hati ya di jalan raya,” pesan Mak Andeh.

Selepas itu, Pak Pandir pun menunggang motosikalnya menuju ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir melalui sebatang jalan raya, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.

Selepas Pak Pandir membaca papan tanda tersebut, dia pun berasa sangat hampa lalu segera pulang ke rumahnya.

Apabila melihat kelibat Pak Pandir yang pulang awal, Mak Andeh pun berasa sangat hairan. Dia pun lalu bertanya “Kenapa Bang?”

Pak Pandir pun menjawab “Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda “DILARANG MEMOTONG”.

Pak Pandir Kisah Lucu




1,210 Comments