Robot Pengesan Cakap Bohong!

Razman adalah seorang profesor terulung di sebuah universiti terkenal Harvard dan satu-satunya anak Malaysia yang berhasil menempatkan dirinya dalam anugerah nobel. Dalam kehebatannya itu, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…ajaib bukan? Beliau memang patut mendapat anugerah 1Malaysia.

Razman dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Razman.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Pilot Cafe ayah.. alaa yang ada Neelofa tu.. Neelofa kan ayah suka!”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Razman.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Razman ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Razman kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Razman sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Emaknya pun sama dong!

huhu hehehe

cerita lawak robot bohong

1,703 Comments