Tepi AC Mizal, Awie Kini Bergelar Datuk! | LawakPress.com

Tepi AC Mizal, Awie Kini Bergelar Datuk!

Tahniah kepada Awie yang telah dikurniakan darjat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) semalam. Awie menyifatkannya sebagai satu penghargaan besar sepanjang 31 tahun pembabitannya dalam bidang seni. Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, juga berkata, ia juga hadiah bermakna bersempena perkahwinannya bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober tahun lalu. Awie telah menerima penganugerahan yang tinggi itu sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar yang ke-86 yang berlangsung di Istana Pahang, Kuala Lumpur dekat sini pada Jumaat semalam..

Tahniah la Awie..nyanyian kamu memang power. Nanti bolehlah memperkenalkan diri..”Hello, nama gua Datuk Awie!” Dengan gelaran ini, semakin lagilah Awie dekat dengan kalangan diraja, bukan sekadar Raja Siam.

awie-dapat-gelaran-datuk

awie dapat gelaran datuk