Sakit Jantung

Carl (bukan nama sebenar) pulang dari kerja pada satu petang dan nak dijadikan cerita, terdengar suara isterinya dalam biliknya yang sedang mengerang. Lalu dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. “Kenapa ni sayang?” tanya Carl.

“I diserang sakit jantung”, jawab isterinya. Carl berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, “Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar.” Carl mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Carl menarik Roslan keluar dan berkata, “Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *