Elvarasan Pilihan Pan Gon

Ini bukan cerita khayalan Kpop Korea, tetapi ianya realiti! Jurulatih Sarawak United, El Elvarasan telah dipilih oleh JURULATIH BOLASEPAK NEGARA, Kim Pan Gon untuk memikul tanggungjawab sebagai pembantunya.
Elavarasan yang lahir pada 5 Januari 1962 semesti seorang yang amat layak untuk membantu ketua jurulatih Harimau Malaya MALAYSIA ketika ini, dibukti dengan kejayaan yang telah berjaya dicapai di Sarawak United sejak Februari 2020 yang mana beliau berjaya membawa pasukan itu muncul naib juara Liga Premier 2021, sekali gus layak ke Liga Super 2022.

Menurut KIM PAN GON,
“Selepas meneliti calon-calon yang telah ditemu duga oleh Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell sebelum ini, saya sendiri telah bertemu Elavarasan untuk menemu duga beliau yang mana saya melihat Elavarasan sebagai calon terbaik dan individu paling sesuai untuk membantu saya dalam memberi informasi tepat, nasihat dan pendapat serta beberapa perkara lain.

Kim Pan Gon teruja. Kami di Lawakpress.com pun teruja.. Elvarasan mempunyai lesen Pro Asian Football Confederation (AFC). Diharapkan Coach Elvarasan dapat memberikan panduan yang tepat kepada jejaka Korea kita. Ajak dia minum teh tarik dulu Coach..